Thursday, 5 January 2012

Antara Semalam dan Hari Ini

Ramai yang mengatakan bahawa kalau mahu maju..maka harus memandang ke depan, jangan kembali lagi kebelankang., kalau mahu berjaya harus berjalan terus kedepan dan jangan lagi menoleh kebelakang..


'Istilah pandang kedepan jangan kebelakang' ini selalu kita dengar sebagai motivasi, malah konsep tidak memandang kebelakang juga pada akhir-akhir ini nampaknya diguna dalam industri hiburan..lihat sahaja title filem seram 'Jangan Pandang Belakang'


Timbul persoalan, kenapa jangan menoleh kebelakang??, kenapa harus terus ke depan dan tidak lagi merenung kebelakang?? adakah merenung kebelakang itu mengundang kegagalan?? mengundang kecelakaan?? Banyak yang berfikir sedemikian.


Memang benar, untuk berjaya mesti sentiasa berjalan kehadapan. Tapi adakalanya memandang kedepan tidak menjamin kita untuk berjaya, malah kadang-kadang ianya boleh mengundang kegagalan. Oleh itu, ingin berjaya harus kadang-kadang kita memandang kebelakang agar kita sentiasa ingat akan kesilapan kita lants tidak mengulanginya pada langkah kita menuju kehadapan.


Begitu juga dengan istilah antara hari ini dan semalam. Siapa kita pada hari ini ditentukan pada siapa kita pada hari semalam. Hari ini kita di berada di menara gading, belajar di UKM ditentukan dengan bagaimana usaha kita pada hari semalam yakni semasa kita berada di sekolah dahulu.


Maka seharusnya, kita tidak melupakan semalam kerana dengan semalam maka kita menjadi apa yang kita lihat pada hari ini. semalam itu sejarah, tetapi hari ini kita melakar sejarah berdasarkan sejarah pada waktu silam. contohnya seperti negara kita Malaysia, hari ini moden dan merdeka kerana sejarah pada waktu semalamnya memperlihatkan kegigihan pejuang memerdekan negara agar sejarah yang baru dilakar berdasarkan sejarah yang mereka telah tinggalkan.


Begitu juga dengan kita...bagaimana kita esok, ditentukan dengan bagaimana kita hari ini..dan kita punyai pilihan untuk mencorakkan hari ini..berdasarkan apa yang telah kita dapat semalam..

Tuesday, 3 January 2012

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)




(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi 
dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat 
yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami 
kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan




(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan
kami dengan petunjukMu


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan



(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
)
 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang - 
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.




(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, 
tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia
serta kemenangan mengatasi musuh


dibawakan kepada anda oleh PERMAI ONLINE

Tuesday, 27 December 2011

Ubat Panyakit Sombong



1. Diam dan jangan banyak cakap
- Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita


2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki.
-Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan nak lebih tinggi lagi.


3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular.
-Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain.


4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati.
-Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti zalim pula yang datang.


5. Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain.
-Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita akan hilang kawan atau tiada kawan.




6. Sentiasa bertakafur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah S.W.T..
-Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kononnya bagus.


7. Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah S.W.T..
-Biasanya kalau kita tidak bedoa nanti kita akan menghidap penyakit 'syirik kecil'. Nauzubillah...








Sumber: Majalah Gen-Q, Vol.01/ISU 05- M/S 13

Tuesday, 20 December 2011

Kemahiran Komunikasi


''Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak lain (penerima) ''  Guffey dan Almonte 2011

Model-Model Komunikasi

1.Model Komunikasi Linear
2.Model Komunikasi Interaksional
3.Model Komunikasi Transaksional

Model Komunikasi Linear

-model ini dibentuk oleh Shannon dan Weaver (1949) menggambarkan bahawa proses komunikasi adalah satu hala iaitu, pengirm akan menghantar

Tuesday, 13 December 2011

Kemenangan : Antara Nikmat Dan Kelalaian


               Baru sebentar tadi diumumkan pemenang bagi pertandingan pentomen untuk Minggu Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam. Kali ini nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan sebagai juara pentomen bagi tahun ini. Memang mengejutkan kerana kali ini pelajar tahun satu menjuarai pentomen. Selalunya abang-abang senior yang akan mengungguli pertandingan ini.
                Namun disebalik kemenangan ini sebenarnya tersimpan seribu rahsia dan pengajaran yang Allah turunkan kepada kami yang mana harus kami gali dan ambil sebagai bekal dalam meneruskan kembara ilmu di UKM ini. Sepanjang kronologi kejuaraan kami ini memang diisi dengan penuh mehnah dan ujian dari Allah, masalah yang dihadapi antaranya yang pertama komitmen dari sahabat-sahabat, pandangan dan idea yang tidak tetap malah hingga ke saat yang akhir sekalipun. Namun Allah S.W.T sebenarnya ingin mendidik kami melalui halangan tersebut akan pentingnya suatu perkara iaitu wahdah dan kesatuan dalam perjuangan agar mendapat kemenangan.
 Ya..kami akur pada mulanya, kami memang tidak mampu dan tidak dapat untuk mencari titik persefahaman dan malah hamper-hampir untuk putus asa dalam menjayakan perkara ini. Namun benarlah kata Allah S.W.T. pertolongan itu terkandung dalam kesabaran lalu kami yakin dan bersabar, setiap masalah kami hadapi dengan tenang dan rasional dalam mencari penyelesaiannya, bantuan dan ‘support’ dari para sahabat semua termasuk yang senior juga amat bermakna bagi kami dalam merintis jalan merungkai masalah yang dihadapi.
                Kami amat menghargai semua itu, selayaknya ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu kami sepanjang latihan ini. Antara masalah yang kami hadapi juga adalah mencari tempat yang sesuai untuk berlakon, kami berpindah dari tempat ke satu tempat yang lain, dari dewan kuliah ke dewan kuliah, akhirnya kami tersadai di tempat yang mana mungkin orang memikir tempat itu boleh dijadikan sebagai tempat latihan, kami memilih lobi pejabat bendahari di bangunan canselori UKM sebagai tempat latihan. Disitu kami perah segala kudrat dan berkorban segala masa yang ada.
Bagi sahabat yang juga mempunyai komitmen lain tidak kurang pengorbanan yang mereka berikan seperti ulang alik, bekejar kesana dan kemari semata-mata ingin menjayakan pentomen ini. Mengingati pengorbanan dan kesusahan ini, kami menjadi sangat menghargai waktu itu dan kemenangan yang diberikan ini. Benarlah kata-kata hikmah dari seorang ilmuwan turki yang katanya bermaksud “Sesiapa yang tidak pernah merasai sakitnya panasnya bahang matahari, pasti tidak mampu menghargai nikmatnya tempat berteduh.” Ya..Kesusahan itu terasa nikmatnya apabila berjaya.
                Dalam kemenangan itu sememangnya mengandungi nikmat, namun dalam kemenangan juga terkandung ibrah yang lebih besar dari nikmat itu iaitu wahdah dan kesatuan yang dibina oleh kami pelajar tahun satu ini  yang membawa kami kepada kejayaan harus diperkukuhkan dan jangan kerana kemenangan ianya kembali menjadi longgar sehinggakan melemahkan kita lalu menjauhkan kita dari kejayaan yang seterusnya. Bagaimana kemenangan itu boleh melalaikan lalu menjauhkan kita dari kemenangan? Lihat sahaja ibrah dari kisah perang Uhud, kerana terlalu yakin akan kemenangan maka akhirnya mereka lalai dan ini membawa kepada keruntuhan dalam kesatuan lalu menghumban tentera muslimin waktu itu kepada kekalahan. Begitu juga halnya yang akan terjadi sekiranya kita mengabaikan kesatuan yakni wahdah yang telah terbina ini. Pastinya kita tidak mahu menjadi seperti itu. Maka seharusnya kita mengukuhkan lagi kesatuan ini dengan mengambil pengajaran yang terdapat dalam dari kemenangan yang kita perolehi ini…Wallahua’lam..